Mukadimah

Selamat menyambut tahun baru 2009/1430H kepada semua peminat fotograpi semua terutama sekali kepada peminat fotograpi dari Kelantan.

Kelab Lensa Negeri Kelantan @ KLIK ini sebenarnya datang dari idea sifu kita Abe Aziz kita. Pada masa tu ramai camera man yang hadir bagi mendengar taklimat berkenaan custom album dari sebuah syarikat dari Johor bertempat di Azmi Central Kubang Kerian. Dari situ lah Abe Aziz kita lontarkan idea dia tu kepada 2,3 orang yang ada kat situ. Selepas tu menyusul 2,3 kali pertemuan bagi membincangkan penubuhan kelab ini, antara langkah pertama yang diambil ialah mewujudkan satu blog kelab dengan tujuan ingin me war war kan kepada semua camera man di Kelantan nie sudah ada sebuah lagi kelab fotograpi selain dari yang telah sedia ada. Saya telah ditugaskan oleh mereka bagi mewujudkan blog ini.

UPDATE...

Selepas 2,3 bulan blog ini berfungsi,timbul cadangan untuk agar ruangan forum diadakan bagi menggantikan blog. Setelah itu saya wujudkan satu laman forum di server free...apabila ruangan forum ini diwujudkan semakin ramai j/gambar dari kelantan dan luar kelantan yang joint KLIK.

Timbul lagi permintaan agar forum KLIK yang sediada tu dipindah kepada server berbayar...maklum lah server free nie banyak keluar gangguan terutama sekali iklan dan lagi ianya perlahan.

Pada pertemuan di RFC Tg. Chat, kita adakan pertemuan sekali lagi, agenda kali ini ialah mengutip sumbangan dari setiap ahli untuk membeli domain. Jumlah yang dapat di kutip pada malam itu sebanyak RM300 lebih...namun begitu sdr shamabd dari jerteh secara sukarela sanggup membeli domain tersebut dengan wang nya sendiri walaupun pihak KLIK ingin membayarnya...pihak KLIK ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Segala urusan pembelian dan mewujudkan laman forum KLIK baru diserah kepada nya.

Mesyuarat penubuhan KLIK di adakan di pejabat BERNAMA dimana sdr. k'zaman bekerja dan kita ucapkan ribuan terima kasih kerana beliau sudi memberi tempat kepada semua ahli KLIK bermesyuarat kat situ pada malam tu dengan selesa sekali... maka pada malam tu kita adakan pemilihan AJK KLIK, dimana sdr aziz mn dipilih sebagai presiden, sdr k'zaman sebagai timb. presiden, sdr rizal tahir sebagai setiausaha dan saya sendiri dilantik sebagai bendahari dan 10 orang AJK, maka dengan secara rasminya KLIK ditubuhkan pada malam tu.

OBJEKTIF:

1. Mengumpulkan seberapa ramai mereka mereka yang minat pasal fotograpi di Kelantan.
2. Berkongsi idea dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan fotograpi.
3. Penyelarasan harga bagi khidmat fotograpi di kalangan ahli.
4. Mengadakan kelas fotograpi dan grafik.
4. ... sila bagi idea kat ruangan komen!

KEAHLIAN:

1. Berminat
2. Memiliki kamera, tak kira lah kamera digital kompak, filem atau DSLR.

YURAN:

Akan ditentukan nanti.

PEJABAT:
4480-B, Ting. 2, Jalan Berek 12,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
(Sebelah Klinik Pancho)

Kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi ahli, sila lah hubungi saya atau pun tinggalkan mesej di ruang sembang atau dengan meninggalkan komen dibawah dan sila tinggalkan no. HP untuk dihubungi nanti.